22 Nov 2013

Fakta turtle.

Assalamualaikum si cantik dan si hensem~

Yang grrr dengan aww pun aku ucapkan selamat sejahtera kepada korang. Harap-harap korang sihat. Aku kat sini sihat-sihat belaka, dapat makan puas-puas. Jyeah! Maka dengan ini cuti sem telah pun bermula, tak sangka gila sekejap.

Teringat masa first day sampai asrama, makan tak lalu. Tak bergaul dengan diorang-diorang ni, al-maklumlah sebelum masuk kolej ni aku agak anti so sangatlah sial. Bila dah masuk, mulalah keluar tanduk dan segala taring mak bapak atuk nenek kehkehkeh.

Saje nak buat fakta pasal diri aku. Jeles tengok orang lain buat fakta diri sendiri. Mengaku diri cantik, comel dan segalanya. Kenapa fakta turtle? Ehh, suke hati akulah! Fakta katak ke fakta tiger ke... Aku kan pelik-pelik.


  1. Aku suka warna hitam.
  2. Kat rumah aku suke sepahkan cawan merata-rata. Sampai aku selalu kena sound dengan mak.
  3. Aku sukakan roti daripada nasi.
  4. Bagi aku babi hijau dalam game angry bird itu comel.
  5. Aku dah biasa cium perempuan. Flirting with them a lot lolll.
  6. Aku sangatlah random orangnya.
  7. Aku selalu kena marah dengan room mate sebab selalu tak tutup pintu bile die tengah salin pakaian.  Hahaha!
  8. Masih ade yang tak percaya ade orang panggil aku Ren. 
  9. Aku tak suka tunjukkan emosi bila aku sedih.
  10. Aku gilerkan kasut. Especially sneakers yang ausem tu.
  11. Ramai mempertikaikan jantina aku. 
  12. Time aku tension aku akan makan meggie.
  13. Aku lukis anime dan tak ambik tempahan.
  14. Bila aku sukekan seseorang itu, aku akan terus bagitau. Tapi orang tu tak sukakan aku lol.
  15. Alergik dengan hujan.
  16. Adik lelaki aku lagi pandai dari aku. Aku jeles sebab math dengan science die power.
  17. Sometimes.. aku pervert. Ouh please jangan terkejut. =3=
  18. 8 jam tak cukup untuk bagi aku tido. Mesti lebih. ._.
  19. Aku loading. Jadi tolonglah jangan berkias bila bercakap dengan aku. Hoho.
  20. Bila aku kawan dengan seseorang tu, aku sayangkan dia. Bila aku jauhkan diri, ade sebab sebenarnya.
  21. Main game? I suckass! lol D:

Sekian itu sahaja. Bye. Aku sayangkan korang. -muah kiri kanan pastu lempang-

LOL.

No comments:

Post a Comment